![]() |


|
Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Engku Tun Aminah atau lebih dikenali sebagai SMK SETA merupakan sekolah menengah Gred A kategori Bandar. SMK SETA terletak di atas bukit di Jalan Sungai Chat, bersebelahan kompleks MAWAR dan JARO, tiga kilometer dari pusat bandar Johor Bahru. Sekolah yang terdiri daripada hanya pelajar perempuan ini diterajui oleh Puan Hajah Siti Raudah binti Moh selaku Pengetua dan dibantu oleh 71 orang guru dan 13 staf sokongan. SMK SETA terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan 1 hingga 5 yang berbilang kaum. SMK SETA yang berusia melebihi 30 tahun ini dinamakan sempena nama DYMM Almarhummah Sultanah Engku Tun Aminah bte Engku Ahmad, bonda kepada DYMM Sultan Johor. SMK SETA mempunyai nama dan imej yang baik di kalangan masyarakat sekeliling. Walaupun bukan sekolah kawalan atau terpilih, sekolah ini merupakan sekolah yang diminati oleh penjaga untuk menempatkan anak-anak perempuan mereka. Pelajar-pelajar yang ditempatkan di sekolah ini jarang meminta pertukaran atas sebab-sebab ketidakpuasan yang berkaitan dengan sekolah sebaliknya enggan dikeluarkan walaupun atas sebab-sebab peribadi atau keluarga. SMK SETA terus melangkah ke hadapan dengan melakar pelbagai kecemerlangan baik dari aspek kurikulum mahupun kokurikulum. Disiplin pelajar yang terkawal telah melahirkan pelajar-pelajar cemerlang dan bersahsiah tinggi sesuai dengan VISI kami iaitu ”Pada Tahun 2007, SMK SETA Menjadi Sekolah Yang Unggul Dari Aspek Intelek, Rohani, Emosi dan Jasmani”.
|
|
SMK SETA |
|
SMK SETA |



|
SMK SETA |
|
SMK SETA |



|
SMK SETA |




|
SMK SULTANAH ENGKU TUN AMINAH, JOHOR BAHRU |
|
Address: SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTANAH ENGKU TUN AMINAH JALAN SG CHAT 80100 JOHOR BAHRU
|
|
Hubungi Kami: |
|
Phone: 07-2237033 Fax: 607-2212101 E-mail: smkseta@gmail.com |

|
LINK: |
|
Laman Web ini telah dibangunkan oleh: Celine Tee, Shahida Razali dan Natalia Charlie dari Tingkatan 5E 2007 di bawah bimbingan Puan Nur Haliza Saibun |